Rabu, 09 November 2011

PENDIDIKAN SEKS BAGI ANAK

Pendidikan Seks: Pengetahuan Penting Buatmu

simpan ia
e-mel ia
cetak ia

Pendidikan Seks: Pengetahuan Penting Buatmu

Kepentingan Pendidikan Seks
Kamu mungkin dalam dilema mengenai nilai-nilai dan kelakuan seks kamu. Dalam satu tahap tertentu dalam hidup kamu, kamu mula menyoal diri sama ada adakah ok untuk merasa atau kelihatan begini. Apabila masanya tiba, gadis mungkin memerlukan maklumat asas mengenai tubuh mereka dan fungsi seksualnya. Kamu mungkin malu untuk mengakuinya tapi kamu perlu diyakinkan agar kamu lebih mengenali tubuh kamu dan rasa diterima.
Jadi kamu pun mulalah bertanya mengenai seks tapi malangnya ibu bapa kamu tak begitu memahami kamu. Kamu perlukan bantuan untuk memutuskan beberapa perkara seperti memilih pasangan yang tepat atau memilih pencegah kehamilan terbaik. Jangan segan untuk bertanya dan mula berfikiran terbuka terhadap nasihat daripada kaunselor sekolah atau orang dewasa yang bertanggungjawab. Ia mungkin tidak sebegitu mudah tetapi berkomunikasi dengan orang yang prihatin terhadap kamu merupakan cara yang terbaik untuk memulakan hidup sebagai wanita muda yang bertanggungjawab. Nikmati saat-saat begini dalam hidupmu, tapi kamu mestilah bertanggungjawab sepenuhnya, ok?
S: Adakah tidak elok untuk mengetahui terlalu banyak info mengenai seks?
J: Kamu mungkin takut yang pengetahuan terlalu banyak mengenai seks mungkin membuatkan kamu lebih ingin tahu. Sebenarnya ini satu tindak balas semula jadi. Kamu patut faham dan hargai pandangan mereka. Semakin kamu membesar, kamu menjadi obsesi dengan perubahan tubuh kamu. Ini membuatkan kamu merasa cemas dengan perasaan seksual kamu yang baru dirasai. Kamu juga mungkin merasa keliru dan sedikit kacau. Info seks yang diberikan oleh orang yang matang akan membantu kamu. Kamu hanya perlu bertanggungjawab dengan maklumat tersebut. Doktor, cikgu dan kaunselor sedia untuk mengesahkan apa yang kamu sudah tahu mengenai seks. Janganlah takut yang kamu mungkin disalah ertikan atau dipandang serong bila kamu bertanyakan soalan sebegitu. Maklumat yang betul akan membantu kamu memahami diri dengan lebih lanjut.

S: Boleh ke saya berbincang secara terbuka mengenai perihal seks dengan ahli keluarga?
J: Biasanya seorang gadis akan berasa malu untuk berbincang mengenai perkara yang melibatkan seks dengan keluarga, adik-beradik, rakan atau ahli keluarga lain. Semasa tempoh inilah, gadis remaja mula menjauhi keluarga dan meluangkan lebih masa bersama rakan sebaya. Rakan mungkin tak boleh menjawab semua soalan kamu mengenai perlakuan seksual, nilai dan perhubungan. Rakan kamu mungkin berniat baik tetapi mereka juga sedang melalui dilema, keraguan dan kebimbangan yang sama dengan kamu. Masa inilah kamu akan menjadi bimbang dan keliru, jadi cara yang terbaik adalah berbincang mengenai perihal seks dengan ahli keluarga yang berfikiran terbuka dan boleh dipercayai. Ini akan memastikan yang kamu tidak merasa malu atau rasa bersalah mengenainya.
S: Kenapa saya rasa malu untuk bertanya soalan mengenai seks?
J: Ia satu perkara biasa dan semula jadi untuk berasa malu apabila berbicara mengenai  keseksualan. Dalam sesetengah budaya, seks boleh dibincangkan tetapi dalam budaya lain, ia tidak begitu digalakkan. Cuba berfikiran terbuka dengan berbincang mengenai seks dengan seseorang yang bertanggungjawab dan matang, yang boleh membantu kamu. Apabila kamu semakin dewasa, kamu akan lebih matang dan berasa lebih mudah dalam bertanya dan menjawab soalan-soalan ini. Jadi tak perlulah tergesa-gesa. Tak apa kalau kamu merasa malu mengenainya. Itu kan perasaan semula jadi.

Bahasa Indonesia

Paragraf induktif:
Kalimat utama terletak di akhir paragraf setelah kalimat-kalimat penjelas.
Contoh :
Jangan pernah belajar “dadakan”. Artinya belajar sehari sebelum ujian. Belajarlah muai dari sekarang. Belajar akan efektif kalau belajar kumpulan soal. Hal ini dapat dilakukan dengan cara menjawab soal-soal di buku kumpulan soal. Mencocokannya, lalu menilainya. Barulah materi yang tidak dikuasai dicari di buku. Itulah beberapa tips belajar menjelang Ujian Akhir Nasional
Paragraf Deduktif-Induktif
Kalimat Utamanya terdapat pada awal paragraph, dan ai akhir juga ada loh….
Contoh :
Beberapa tips belajar menjelang Ujian Akhir Nasional (UAN). Jangan pernah belajar “dadakan”. Artinya belajar sehari sebelum ujian. Belajarlah muai dari sekarang. Belajar akan efektif kalau belajar kumpulan soal. Hal ini dapat dilakukan dengan cara menjawab soal-soal di buku kumpulan soal. Mencocokannya, lalu menilainya. Barulah materi yang tidak dikuasai dicari di buku. Oleh karena itu, maka sebaiknya para guru memberitahukan tips belajar menjelang UAN.